Images

Tips Untuk Kurus Yang Hot !!!

Assalamualaikum..
Apa khabar anda semua? Di harap sihat hendaknya..(amboi, begitu karisma ayat)
Walaupun blog ni baru lagi. Tapi, saya akan terus berusaha untuk memberi pedoman kepada anda semua terutama yang tengah memiliki aset-aset lemak tu..(hehehe)
Berikut adalah tips yang anda boleh follow :

=======================================================================

[Tips untuk Buang Lemak cara paling senang]

1) Bersenam
➜ 20-30 minit untuk setiap sesi
➜ sekurang-kurangnya 4 kali seminggu

2) Ambil makanan kurang kalori
➜ try guna cekodok.com untuk tahu kalori makanan anda
➜ cut makanan berlemak, berminyak, bergoreng
➜ makan lebih makanan yg lebih zat fibre seperti brokoli.

3) Minum air mineral
➜ 8 gelas sehari
➜ Bangun tidur sekali, lepas sarapan sekali, pukul10 sekali, lepas makan tengah hari sekali, pukul4 sekali, lepas makan malam sekali, sebelum tidur sekali. lagi sekali pandai lah nak minum time mana-mana. Janji cukup 8 gelas sehari.

4) Jangan Stress
➜ tengok video2 lawak
➜ bergaul dengan orang yang positif
➜ luangkan masa bersama keluarga
➜ jangan lupa tanggungjawab kepada Yang Maha Esa

5) tidur bagi cukup
➜ 6-8 jam sehari.
➜ basuh kaki sebelum tidur, berwudhuk lagi bagus.
➜ jangan tinggal solat subuh dah la.

6) Sibukkan diri
➜ guna tangga daripada lif
➜ jangan melepak je..
➜ jalan kaki jauh2 sikit..
➜ sentiasa bergerak walaupun santai2.

7) cermin diri sendiri kat cermin yang besar...






=======================================================================

[Tips untuk bersenam]

1) Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan bukannya yang menyakitkan diri sendiri..
➜ Set minda anda untuk tidak terasa terbeban dengan aktiviti bersenam
➜ kita buat santai2 je. beriadah dengan keluarga pun boleh.

2) Tapi, kalau nak puas hati. cuba guna prinsip ''no pain. no gain''
➜ Mesti anda berbangga dengan prestasi anda
➜ Akan berasa puas setelah selesai aktiviti senaman/workout.
➜ Kalori pun akan banyak terbakar..perghhhhhh






=======================================================================

[Tips Untuk Makan Nasi]

1) Ambil Nasi untuk setiap hidangan sebesar tapak tangan anda.
➜ Ini untuk maintain berat badan anda
2) Ambil Nasi untuk setiap hidangan kurang daripada saiz tapak tangan anda.
➜ Ini untuk mengurangkan berat badan anda


p/s : Pengambilan hidangan nasi seperti diatas adalah dicadangkan untuk 5 kali waktu makan sehari. Ingat, ambil hidangan dalam jumlah yang kecil.





=======================================================================

[Tips semasa joging]

➜ Untuk memastikan kita sentiasa berada di zon 'fat burn' / zon pembakaran lemak, pastikan semasa joging anda still lagi boleh bercakap.. cuba cakap ''saya nak kurus'' sebanyak 7kali tanpa semput-semput..faham ??

➜ Janganlah amalkan lari pecut kerana menganggap ia akan bakar lebih banyak kalori. tu adalah persepsi yang salah. nanti penat dapat, otot plak makin kecik..pembakaran kalori tidak diambil dari lemak anda, tapi otot anda.

Kita Joging santai2 je...





=======================================================================

So, amacam ?? boleh ikut tak?? tak susah pun nak kurus ni. Yang penting kita kena start dari sekarang. Bukan cari tips2 je, tapi buat pun tak..(hahahaha)
Gurau je boh..jangan marah..
Langkah yang seribu bermula dari langkah yang satu.. Go Healthy !!!!!!!!!!!!!!!!

Selamat Mencuba..jangan lupa like page Fitness Arena.. Help us to help others

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...