Images

Cara Mengatur Jadual Harian

Assalamualaikum semua pembaca..
Apa Khabar? Sihat ke.. atau tengah tahan lapar..?? hahahaha
rilex brother, brother rilex..
Tengah berdiet tak elok tahan lapar ni. Nanti metabolisme turun. Makin susah nak kurus..

Tapi seriusly, tak dinafikan memeng ada pendiet-pendiet yang berjaya menurunkan berat badan dengan menahan lapar.
Pada pendapat saya, its depend on yourself la ~~ (english broken)
Kita yang empunya badan, tak kan lah tak tau kemampuan diri sendiri kn?
Ada yang suka tahan lapar, dan ada yang suka makan dalam jumlah yang sikit tapi kerap.

Kalau tanya saya, saya pilih makan dalam jumlah yang sikit tapi kerap. Kerap pun bukanlah sampai 10kali sehari makan tu. Setiap hari saya akan makan 3 hidangan wajib dan 3 hidangan snack. Ok, di bawah ni adalah contoh ringkas aktiviti harian saya :

05.30 a.m - Bangun tidur
07.00 a.m - Senam ringan (macam sit-up, skipping, lompat bintang) saya namakan in-house light training.
                   Set die senang je (buat 10set, setiap satu set 60 saat, rehat antara set 30saat) kompem peluh..
07.30 a.m - Sarapan
10.30 a.m - Makan snack
01.00 p.m - Makan Tengah hari
03.30 p.m - Makan snack
05.30 p.m - Senam Berat (weigh lifting, joging, berbasikal, berenang)
                   Kalau tak sempat buat malam dalam pukul8/lepas maghrib. Kalau buat malam kt gym.
06.30 p.m - Makan malam
09.00 p.m - Minum malam (minum susu tanpa gula)
11.00 p.m - tidur

Ha, ni lah aktiviti saya setiap hari.
Alamak, awalnya tidur. Tak dapat nak lepak-lepak dengan kawan sampai lewat malam..
Bro, ni semua untuk kesihatan kita.. kalau nak lepak jugak, adjust time sendiri, janji dapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8jam sehari.. okay??
Alamak, banyaknya makan.. tak gemuk ke??
Nak gemuk ape kalau kita ambil hidangan dalam portion yang kecil?? Snack plak kita ambil snack yang sihat macam badam pun dalam jumlah yang kecil.

Saranan saya, kita kena sentiasa aktif setiap masa, jangan lesu je.
kalau tengah kerja tu tiba-tiba rasa mengantuk..
Tarik Nafas Dalam-dalam 3kali. atau, cuba bergerak-gerak. atau, ambil angin diluar office. atau,  tengok video lawak. atau, gabungkan semua sekali samapi hilang rasa mengantuk tu.

Hidup kena sihat, baru ada kualiti.

please support us to avoid obesity by ===>>..klik sini..
Ok, tu je.. bye :)
Terima Kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...