Images

Jom Kenali Kolesterol

Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis.

Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung. Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. 




Images

Plan Diet Terbaik

Nak Makan Apa Hari ni??.. nak makan apa tambah otot?? nak makan apa buang lemak??.. macam mana??.. apa dia??..

=========================================

Contoh Diet Plan Untuk Mereka Yang Mahu Tambah Otot

07:00 a.m Protein, Karbohidrat atau Buah
10:00 a.m Protein, karbohidrat atau Buah
01:00 a.m Protein, Karbohidrat atau Buah
04:00 p.m Protein, karbohidrat atau Buah
06:30 p.m Protein, Sayur

Contoh Diet Plan Untuk Mereka Yang Mahu Buang Lemak

07:00 a.m Protein, Sayur atau Buah
10:00 a.m Protein, Sayur atau Buah
01:00 a.m Protein, Sayur atau Buah
04:00 p.m Protein, Sayur atau Buah
06:30 p.m Protein, Sayur atau Buah

Contoh Diet Plan Untuk Mereka Yang Mahu Tambah Otot Dan Sekaligus Buang Lemak Dalam Masa Yang Sama

07:00 a.m Protein, Karbohidrat atau Buah
10:00 a.m Protein, Karbohidrat atau Buah
01:00 a.m Protein, Karbohidrat atau Buah
04:00 p.m Protein, Sayur
06:30 p.m Protein, Sayur

=========================================

Jenis-Jenis Makanan Mengikut Kategori :

1)Protein
✔ Ikan
✔ Dada Ayam
✔ Daging Tanpa Lemak (Steak)
✔ Putih Telur

2) Karbohidrat
✔ Beras Perang
✔ Nasi putih biasa
✔ Pasta
✔ Oatmeal
✔ Kekacang
✔ keledek

3) Sayur-sayuran
✔ Broccoli
✔ Bayam
✔ Lettuce/Salad
✔ Sawi
✔ Terung
✔ Timun

4) Buah-Buahan
✔ Pisang
✔ Tembikai
✔ Anggur
✔ Apple

=========================================

p/s : untuk kesan yang lebih maksimum, sila tambah spice/rempah dalam masakan anda seperti lada hitam, lada dan sedikit garam. rempah kari pun boleh. buat lah macam mana pun, janji boleh makan. jangan lebih-lebih sudah ler........
Images

CUCI BUAH PINGGANG


Selama bertahun-tahun kita menggunakan buah pinggang dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini??

Caranya mudah sahaja.

Beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk

Amalkan meminumnya segelas sehari...

Insya Allah anda akan rasa perubahannya...

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat Mencuba..!!



Images

Kenapa Boleh Gemuk ??

Saya percaya ramai yang kecewa apabila "menyedari" badan mereka gemuk atau melebihi BMI yang sepatutnya.

Anda Kena faham, kegemukan berlaku adalah disebabkan banyak perkara, dan yang paling common adalah :
1) diet pemakanan yang tidak seimbang.
2) Metabolisme yang rendah.
3) Genetik (Ada pakar kesihatan yang menyatakan genetik bukanlah faktor yang sebenar, tapi lifestyle ibubapa yang salah telah mempengaruhi perkembangan anak mereka)
-saya tak akan terangkan pasal genetik-

=======================================================================

1) Diet pemakanan yang tidak seimbang.
➜ Anda kena tahu apa itu maksud diet, diet bukannya menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbit fajar keesokan harinya (Amboihh heheh)..
➜ Maksud Diet adalah pengambilan makanan oleh individu, okay..bukan tak makan terus..
➜ Jadi, anda kena pilih Diet seimbang yang membawa maksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrient seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan...(Ambik ang)
➜ Pengambilan karbohidrat, lemak, minyak, gula yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan malah boleh membawa kepada masalah penyakit. (Ingat tu)
➜ Setiap 7000kalori bersamaan 1kg.. (pergh, memang susah nak sampai 7000 tu, tp kalau dah sampai 7000 susah jugak nak buang balik)
➜ Apa yg perlu anda buat adalah consume makanan harian anda mengikut PIRAMID MAKANAN dan mengikut WAKTU MAKAN. sarapan (jangan skip), makan tengah hari, makan malam..
➜ Piramid makanan pula bukan yang macam biasa anda tengok kat sekolah2, klinik2, poliklinik, hospital. Tapi, ini adalah piramid makan yang baru (Rujuk Gambar).
➜ Piramid makanan yg biasa kita tengok tu zaman tok nenek kita boleh la pakai, diorang kerja kebun, perlu tenaga yang banyak. kita ni dok office je, bukak fb je keje, ada hati nak makan nasi banyak2..tu yang gemuk..hehehe..(gurau2,,peace..jangan marah)
➜ Anda kena tahu jumlah kalori yang anda ambil okay, boleh check kat cekodok.com sebagai rujukan.
➜ secara purata Lelaki Malaysia memerlukan 2250kalori sehari dan wanita Malaysia memerlukan 1800kalori sehari. Pastikan anda consume kalori tak lebih dari itu untuk mendapatkan badan yang seksi.. pppuuiihhhhhhhh...





=======================================================================

2) Metabolisme yang rendah.
➜ Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh.
➜ Metabolisme yang rendah adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti genetik (genetik lagi), cara makan tak betul, minum air tak cukup 8 gelas sehari, otot sikit lemak banyak dan macam2 lagi.
➜ Tapi, jangan risau beb. metabolisme ni kita boleh tingkatkan. Senang je...(Kacang gitu)
➜ Asasnya, untuk tingkatkan metabolisme ni adalah :
✔ minum air 8gelas sehari
✔ jangan bagi perut lapar memulas-mulas
✔ buat weight lifting (tambah otot)
✔ tidur yang cukup waktu malam antara 6-8 jam sehari..
✔ minum teh hijau tanpa gula..
✔ Bersenam (Semestinya)
➜ Pakai bengkung pun boleh tingkatkan metabolisme, tapi kalau ada darah tinggi, tak digalakkan sangat. Pengsan nanti siapa yang susah?????...
➜ Makan benda pedas2 pun boleh tingkatkan metabolisme, jangan sampai buasir je..heheheheh..
➜ Yang penting sekali, Jangan stress, ini akan mempengaruhi secara langsung metabolisme tubuh anda. Happy dan sentiasa senyum. ketawa sikit2 pun boleh..

=======================================================================


Kesimpulannya, untuk mendapatkan berat badan yang ideal adalah dengan membuang kalori atau lemak badan dengan cara yang paling senang iaitu bersenam dan mengawal pemakanan anda..
Kalori yang keluar, mestilah lebih dari kalori yang masuk..
Ada faham ka????

-sekian, Terima Kasih-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...